Sunday 29 May 2011

PENGETAHUAN AM

KAJIAN PENGHASILAN WARNA DARI SUMBER ALAM

 Pewarnaan semulajadi adalah warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari daun, bunga, akar, kulit, buah dan sebagainya. Bahan pewarna semulajadi ini merupakan bahan alternatif di dalam proses pembatikan bagi menggantikan pewarnaan sintetik yang diperbuat dari bahan kimia. Sebelum bahan pewarnaan kimia wujud di pasaran, pewarnaan semulajadi memainkan peranan utama di dalam pewarnaan batik. Justeru itu, Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dibawah Unit Kajian Teknologi mengorak langkah menjalankan penyelidikan berkaitan pewarnaan asli khususnya untuk industri batik.

     Bermula pada tahun 2005 hingga 2006 penyelidikan dijalankan untuk menghasilkan pewarnaan asli terus dengan kaedah rebusan daun. Sebanyak 18 warna berjaya dikeluarkan dari daun cempedak dan gajus. Pada tahun 2007 berikutnya, penyelidikan diteruskan lagi untuk menghasilkan permati warna asli bersumberkan air kapur dan air limau nipis bagi menggantikan permati warna kimia. Sebanyak 33 warna berjaya dikeluarkan dari daun kapal terbang dan kari. Pada tahun 2008 hingga 2009, penyelidikan diteruskan lagi dengan penghasilan pewarnaan asli dalam bentuk serbuk. Daun-daun seperti daun kari, mangga, nangka, kandis, kuinin, helikonia, pandan, halban, nam-nam, sentul, tembakau, sitam dan senduduk digunakan dan bahagian-bahagian tumbuhan lain seperti biji rambutan hantu, kulit kayu bakau dan kulit mengkudu turut diproses kali ini. Bahan-bahan ini dikeringkan dan diproses menjadi serbuk pewarna asli yang lebih mudah dibawa, mudah disimpan dan mudah disediakan.




Saturday 28 May 2011

Friday 27 May 2011

PENGUMUMAN

Pada hari esok 28 Mei 2011 (Sabtu)
Flat Seberang Terus Alor Setar akan mengadakan MINGGU PERPADUAN 2011
PERINGKAT NEGERI KEDAH.
Semua murid yang berminat dijemput hadir bermula jam 8.00pagi -12.00tgh.
Pelbagai acara menarik dan hadiah disediakan iaitu:
1. Pertandingan mewarna (Tadika sehingga 12 tahun)
2. Acara sukaneka
3. Larian padang
4. Cabutan bertuah
5.Pertunjukkan seni silat
Terdapat juga pelbagai gerai dan jualan yang menarik.
Jumpa di sana ye..

Thursday 26 May 2011

Selamat Bercuti kepada semua murid dan cikgu..

Sentiasa kunjungi Blog ini untuk makluman dan Tuisyen online..dan sebarang pertanyaan.
Jangan lupa janji temu kita di sini..

wah.. tekunnya 5Harapan melukis corak pada kulit telur



Gambar perhimpunan Ahad yang lalu..Bagus!



SOALAN KUIZ HARI INI

CUBA KAMU NYATAKAN APAKAH VISUAL YANG KAMU NAMPAK BAGI SETIAP GAMBAR DI BAWAH BERDASARKAN TEORI GESTALT ?






Monday 23 May 2011

Jom kita belajar..

Murid- murid yang di kasihi..
Sila baca segala pengumuman penting yang cikgu sampaikan dan klik maklumat yang terdapat pada paparan skrin untuk menambahkan pengetahuan kamu.Selain itu pastikan kamu melihat pelbagai gambar aktiviti seni kelas kita yang akan cikgu upload pada setiap minggu.

Mari Belajar bidang Dunia Seni Visual

Jom belajar tentang origami

Aktiviti Dunia Seni Visual minggu ini.

Tajuk: Topeng
Kelas: 1 Bestari

Tajuk: Makhluk Asing
Kelas: 5 Harapan

Tajuk: Pakaian Beragam
Kelas: 2 Bestari


Idea dengan kulit telur..












Majlis Hari Guru

 
Menari A Go Go
   
Cikgu pun tompang sekali

Gaya artis 60an


Aktiviti Kelab Seni Visual
( Ke Taman Tema Sungai Petani )
Pada: Cuti Semester 1 2011

 








Monday 18 April 2011